Iklan faizal

Rabu, 10 Disember 2014

RESEPI CAPATI

CAPATI

 

 

 

Kebiasaannya capati adalah sinonim dengan makanan lain seperti roti canai. Namun begitu, roti canai dilihat lebih diminati ramai berbanding capati. Dari segi kesihatan pemakanan, capati adalah lebih baik berbanding dengan roti canai memandangkan kolestrol di dalam roti canai adalah lebih tinggi. Ini adalah disebabkan penggunaan minyak masakan yang digunakan berlebihan di dalam roti canai.

Kali ini saya akan berkongsi pembikinan dan cara-cara membuat capati sendiri dan untuk pengetahuan, cara membuat capati adalah lebih mudah dari membuat roti canai. Capati tidak perlu ditebar seperti roti canai. Hanya perlu digelek-gelek je.Hehe...

 

BAHAN-BAHANNYA   :-

 

 

1.     225g Tepung Atta

 


Tepung Atta ada banyak brand. Pakai la jenis ape pon asalkan tepung Atta

 

2.     150ml air suam


Air suam

 

3.     1 sudu besar minyak sapi

 


Minyak sapi pon banyak brand. Janji guna minyak sapi

 

 

4.     Secubit garam

 


garam



5.     Sedikit tepung atta untuk mencanai





 

CARA MEMBUATNYA   ;-

 

 


1.    Masukkan tepung atta, minyak sapi & garam ke dalam mangkuk.


 

2.    Tuangkan sedikit air suam sedikit demi sedikit dan uli tepung 

       hingga menjadi doh.

 

setelah siap doh jadikan bulat2

 

3.     Letakkan doh di dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembap selama 30
 
        minit. Kira macam peraplah.
 
 
4.     Setelah selesai, leperkan doh tadi dengan kayu penggelek. Diulangi dengan
 
        menabur tepung atta di kedua-dua permukaan. Sehingga jadi kepingan
 
        nipis.     


lenyek dengan kayu sehingga leper
 
 
5.     Panaskan kuali tanpa menggunakan minyak (seeloknya guna kuali leper
 
        atau rata ). Gunakan api sederhana.
 
 
6.     Setelah beberapa minit atas kuali, doh akan bertukar warna dan kembung
 
        di beberapa bahagian.
 
  
7.     Biarkan masak kedua bahagian ( jangan garing sangat nnti doh menjadi
 
        keras dan liat ).
 
 
8.     Angkat dan letakkan di atas pinggan. Tutup chapati dengan kain bersih
 
       atau masukkan dalam bekas tertutup. Ini kerana wap panas dalam bekas
 
       tertutup oleh membuatkan chapati lebih lembut.
 

 
 


    Sesuai dihidangkan dengan pelbagai kuah kari ataupon sardin.....SELAMAT MENCUBA



Isnin, 14 Julai 2014

DEMAM CAMPAK DAN PETUA


Cara menangani demam campak dan petua.

1.       First, jangan kita makan ubat untuk menurunkan panas badan, biarkan panas tersebut
          sekurang- kurangnya 3 hari, supaya campak tersebut tidak terbantut pengeluarannya.

2.       Selepas 3 hari, campak akan keluar (bintik2 merah).

3.       Jika tidak dapat menahan kepanasan badan tadi, gunakan kain yang lembap, dan lap
          di badan, di bawah ketiak atau letakkan di atas dahi.

4.       Minum air kelapa ( bukan kelapa gading @ kuning), dengan makan sedikit isi kelapa
          untuk beberapa hari.

5.       Kerapkan mandi, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas badan dan akhir
          sekali barulah kepala.
 
 
 
Bila tanda-tanda campak dah sampai ke penghujung adalah apabila biji-biji campak mula keluar kat tapak kaki atau tangan.
Untuk elakkan atau kurangkan rasa gatal dan miang akibat bintik-bintik campak tu, boleh guna daun mambu. Daun ni doktor pun cadangkan supaya digunakan.
1.       Buat lapik tempat tidur.
2.       Letak dalam kolah mandi, diguna untuk mandi.
3.       Ada sesetengah orang, guna untuk kibas2 skit kat badan bagi hilang miang tu.
4.       Ada jugak orang guna campur dalam bedak sejuk dan disapukan pada badan.

 
 
 
 


Menurut petua juga,
1.           Tidak boleh terkena air hujan. (akan meninggalkan parut hitam)
2.           Tidak boleh mandi laut (selama 6 bulan) dari hari baik demam

Pantang larang lain adalah, jangan makan kicap, nanti lekat parut hitam. Jangan makan makanan yang boleh bagi gatal2 macam seafood dan lain-lain. Jangan goreng2 dalam rumah.sebab minyak2 dan udara yang berminyak tu boleh buat badan gatal2 dan jangan makan makanan berminyak.
Untuk hilangkan parut pulak gunakan bedak sejuk dan daun asam jawa. Sapu seluruh badan waktu malam dan buat saja sampai parut tu hilang.

 
 
So, untuk petua ini boleh dipraktikkan pada kanak-kanak dan orang dewasa. Tapi kita hanya berikhtiar dan tuhan yang menentukan. Same-same kita usahakan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Rabu, 4 Jun 2014

HIT COUNTER - Java Script For Blogs

Berikut adalah kod bagi hit counter java script untuk blog. Copy dan paste pada java script ok.

<a href="http://www.freecounterstat.com" title="hit counters"><img src="http://counter5.statcounterfree.com/private/freecounterstat.php?c=a911921e2e04fc44f3d46b91d17a91d5" border="0" title="hit counters" alt="hit counters"></a>


Kod tersebut adalah seperti gambar di atas. Cool is it...

Another java script code...

<a href="http://www.freecounterstat.com" title="hit counter"><img src="http://counter5.statcounterfree.com/private/freecounterstat.php?c=57b36a0e2b7f457ff5679c50a2511946" border="0" title="hit counter" alt="hit counter"></a>

Khamis, 29 Mei 2014

KERETA KABEL - LANGKAWI, KEDAH


Di sini. Saya nak ceritakan sedikit perjalanan dan pengalaman percutian ke Pulau Langkawi, Kedah. Sebenarnya fokus kami kali ini adalah semata-mata untuk merasai pengalaman untuk menaiki Cabel Car atau Kereta Kabel ke Gunung Mat Chincang, Langkawi. So untuk pengangkutan ke Langkawi hanya mempunyai satu jalan selain jalan udara iaitu pengangkutan feri. Untuk makluman tiket hanya boleh dibeli pada hari kita menaiki feri. Tidak boleh dibeli sebelum hari menaiki feri atau booking awal. So Kami menaiki feri dari jeti Kuala Perlis. Harga tiket satu hala iaitu RM 18.00 bagi dewasa dan separuh harga bagi kanak-kanak.


Akibat daripada hari cuti lepas iaitu pada hari cuti Umum BURUH, memang sesak dengan penumpang. Sesak dengan kenderaan keluar masuk. So, untuk membeli tiket terpaksa beratur panjang pada jam 8.00 pagi. Setelah tiket dibeli dan masa bertolak dari jeti ke Langkawi plak adalah jam 12.00 tghari. Adohai...Dah tu delay plak feri tu. Jangkamasa perjalanan adalah lebih kurang 1 jam. Tetapi memandangkan masa yang lama diambil untuk loading penumpang dan barang sahaja dan melebihi setengah jam daripada jadual bertolak. Feri plak boleh memuatkan seramai 500 orang lebih. Memang lama masa akan diambil. So, nak cuti punya pasal.Haha....

Setelah kami tiba di Jetty Point, Kuah, kami terus mendapatkan perkhidmatan kereta sewa. Sebenarnya kereta sewa kami tidak la kereta yang sangat baik. Cuma sebuah proton saga sahaja. Kos sewa plak RM50 sehari. Ok la tu. Muat untuk bawak kami ke hulu dan ke hilir sekitar pulau Langkawi.


Setelah kereta sampai. Terus kami semua check in di hotel dalam kawasan Kuah. Tu pun last minit booking. Nasib baik ada lagi hotel yang kosong. Lepas selesai check in hotel dan siapkan diri, kami memulakan dengan tempat pertama untuk dilawati. Memandangkan hari dah lewat petang. So kitaorang mengambil peluang untuk makan santai-santai sahaja. Apa lagi, kitaorang pekena bihun sup, ais kacang, pasembor dan laksa. Fuhhh..best giler. Lokasinya adalah di Pantai Pasir Hitam. Kawasan ni terletak dalam perjalanan ke Tanjung Rhu.


At last.  Pada keesokan harinya. Tujuan untuk menaiki Kereta Kabel ke Gunung Mat Chincang tercapai. Kereta Kabel ni terletak di jalan laluan ke Telaga Tujuh. Kami tiba di Kereta Kabel jam 9.30 pagi. Itupun dah ramai yang beratur untuk naik ke atas.
Tiket untuk menaiki Kereta Kabel adalah RM 15.00 seorang.




Kereta Kabel ini terdapat 2 pos di sepanjang laluan kabel. Di setiap pos terdapat peniaga-peniaga makanan, cenderamata dan lain-lain. Selain itu, kita boleh bersantai di setiap pos seberapa lama mana yang kita suka. Ini adalah disebabkan Kereta Kabel akan berjalan tanpa henti. Sekiranya ada kosong, terus naik sahaja untuk ke pos seterusnya. Sama seperti untuk turun ke bawah.





Pada sebelah petangnya, kami mengambil kesempatan untuk lepak dan mandi di Tanjung Rhu. Tapi rupanya kawasan tu ditutup untuk orang ramai selepas jam 5.00 petang. Ini adalah disebabkan kawasan tersebut telah dikawal oleh Tanjung Rhu Resort. Ada pengawal Keselamatan yang berjaga di sana. Tak seperti dulu di mana kita bebas keluar masuk ke situ walaupun pada waktu malam. Jadi kami mengambil peluang untuk santai dan makan-makan je.





So, pada keesokan harinya pada sebelah pagi. Kami mengambil tiket dan besedia untuk pulang ke tanah besar. Memang best pada sesiapa yang belum lagi menaiki Kereta Kabel ni. So kalau ada masa melawat Pulau Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba dan menaikinya. Memang takut menaiki kereta kabel disebabkan kududukannya yang tinggi tetapi ia dilengkapi dengan sistem keselamatan terbaik yang menkamin keselamatan pengguna.








Khamis, 17 April 2014

SANTAI DENGAN BFF

 

Hari tu balik kampung, sempat jugak gi lepak dan makan2 ngan BFF. Lame tak jumpe, so banyak la story sampai lupe hari dah lewat. Dulu2, ni la aktiviti kami bile si suami gi keje....hihi















Khamis, 10 April 2014

MELANCONG KE MEDAN INDONESIA

MELANCONG KE MEDAN INDONESIA


Kali ini saya ingin coretkan sedikit pengalaman saya serta keluarga saya ke Indonesia buat pertama kalinya bagi saya dan beberapa lagi ahli keluarga yang belum pernah ke sana. Kali ini perlancongan saya, saya menggunakan khidmat Pakej. Haha. Agen Perlancongan di Indonesia yang saya gunakan adalah www.narasindotours.com. So pakej yang saya dapat ini diuruskan oleh biras dan kakak ipar saya sepenuhnya tanpa melibatkan lain2 hal daripada saya kecuali "duit". Herm....Penglibat keluarga saya dalam pakej ini melibatkan saya,isteri, mak, ayah, mak mertua, bapa mertua, kakak ipar, biras dan seorang budak kecil iaitu Irfan Haziq, anak kepada kakak ipar yang satu lagi.


Gambar di atas adalah master mind dalam tercetusnya idea dan perangsang demi menjayakan misi perlancongan tersebut.

Okey. Sebenarnya untuk melaksanakan cadangan bagi melancong ke Indonesia, banyak persediaan yang perlu dibuat iaitu dari segi pertukaran mata wang, tiket penerbangan, penempahan agen di Indonesia dan kelengkapan sebagainya. Bagi tiket penerbangan, kami menggunakan perkhidmatan Air Asia. Manakala bagi penginapan, makan dan kenderaan di Indonesia, kami menggunakan khidmat agen pelancongan di sana.



Kami menaiki penerbangan Air Asia lebih kurang jam 6.00 pagi dan tiba di Polonia Airport Medan 1 jam kemudian serta di sambut oleh supir yang akan menjadi pemandu pelancong sepanjang 4 hari 3 malam kami di sana. Kenderaan yang digunakan sepanjang kami berada di sana adalah sebuah van yang bersaiz besar. Supir kenderaan tersebut digelar Pak Habib iaitu warga Indon sendiri.


                             Inilah kenderaan yang membawa kami ke hulu ke hilir sepanjang berada di sana.
Yang berbaju putih itulah Pak Habib.

Destinasi pertama yang kami lawati adalah Pulau Samosir di Lake Toba. So, perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 4 jam. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Pematang Siantar iaitu sebuah kedai menjual pelbagai jenis keropok, ting-ting, teng-teng, snacks dan banyak lagi makanan ringan yang lain.



Setelah itu, kami menyambung semula perjalanan dan berhenti menjamu selera di sebuah restoran dikenali sebagai Restoran Simpang Tiga. Best kedai ni. Ada lauk pauk masakan Indonesia.





Setelah selesai makan dengan sepuas-puasnya tanpa meninggalkan sedikit pun lebihan lauk pauk yang kami makan. Kami meneruskan perjalanan. 4 jam kami melalui jalan lama. Bukan Highway tau. Pak Habib iaitu supir kami peramah orangnya. Dia tak henti bercakap dan sentiasa menceritakan info dan maklumat semasa berkenaan jalan, penempatan penduduk sekitar dan sejarah di situ.





Dah sampai Parapat (Lake Toba) . Sini kitaorang menaiki feri pulak untuk ke Samosir Island. Lebih kurang 1 jam menaiki feri. Feri ni pulak boleh memuatkan penumpang serta kenderaan Macam feri Penang gitu. Sekali dengan van kami sekali naik atas feri tu.







Kami sekeluarga menginap di Samosir Villas Hotel. Kami tiba pun dah petang. 







Sesudah check-in kitorg just lepak2 di sekitar hotel sementara menunggu makan malam. 








Pada keesokan harinya, selepas bersarapan di hotel, dalam perjalanan, kitaorang sempat singgah di Kampung Tomok untuk melawati Makam Raja Sidabutar dan ke Kampung Ambarita untuk melihat rumah traditional orang Batak. Di sana juga terdapat jualan cenderahati untuk di bawa pulang.




Perjalanan dari Samosir island ke Brastagi mengambil masa lebih kurang 3 jam memandu + 1 jam ferri dan kitorang menikmati makan tengahari kami di Parapat. Dalam perjalanan ke Brastagi, kami sempat singgah di Simarjarunjung iaitu tempat paling tinggi di Lake Toba. Selepas itu, kitorang ke Rumah panjang Orang Batak / Rumah Bolon dan akhir sekali kitorang ke Air Terjun Sipiso piso. Selepas puas berjalan-jalan, akhirnya kitorang sampai jugak kt hotel dan rehat sambil menunggu makan malam dihidangkan.

Simarjarunjung
                                                  Rumah panjang Orang Batak / Rumah Bolon



                                                   Air Terjun Sipiso Piso, Brastagi.

                                                      Grand Mutiara Hotel, Brastagi.

Pada hari ke-3, selepas bersarapan di hotel, kitorang ke Pasar Buah dan meneruskan perjalanan ke Medan yang mengambil masa 2 jam. Selepas makan tengahari di Medan, kitorang di bawa ke Medan Mall untuk membeli-belah. Pada malam terakhir kami di Medan, kami menginap di The Tiara Hotel, Medan.


                                                                 Pasar Buah, Brastagi.




























Pada sebelah malamnya, kitorang menikmati makan malam di tengah-tengah bandar Medan. Iaitu di Restoran Ayam Pop.
 






Pada hari terakhir kitorang di Medan, kitorang dibawa melawati Istana Maimoon / Sultan Palace dan Mesjid Raya / Grand Mosque.


 












Mesjid Raya / Grand Mosque.


                                                                  Bandar Medan.

Pada sebelah malamnya pulak maka selesailah sudah trip kami. Tiba masanya untuk pulang ke Malaysia. Bagi saya best jugak la melancong ke Indonesia. banyak sebenarnya tempat-tempat menarik di sana. Ya la, mane taknye. Indonesia adalah sebuah negara yang besar. So banyak la tempat untuk dilawati.