Cara menangani demam campak dan petua.
1. First, jangan kita makan ubat untuk menurunkan panas badan, biarkan panas tersebut
sekurang- kurangnya 3 hari, supaya campak tersebut tidak terbantut pengeluarannya.
2. Selepas 3 hari, campak akan keluar (bintik2 merah).
3. Jika tidak dapat menahan kepanasan badan tadi, gunakan kain yang lembap, dan lap
di badan, di bawah ketiak atau letakkan di atas dahi.
4. Minum air kelapa ( bukan kelapa gading @ kuning), dengan makan sedikit isi kelapa
untuk beberapa hari.
5. Kerapkan mandi, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas badan dan akhir
sekali barulah kepala.
Bila tanda-tanda campak dah sampai ke penghujung adalah apabila biji-biji campak mula keluar kat tapak kaki atau tangan.
Untuk elakkan atau kurangkan rasa gatal dan miang akibat bintik-bintik campak tu, boleh guna daun mambu. Daun ni doktor pun cadangkan supaya digunakan.
1. Buat lapik tempat tidur.
2. Letak dalam kolah mandi, diguna untuk mandi.
3. Ada sesetengah orang, guna untuk kibas2 skit kat badan bagi hilang miang tu.
4. Ada jugak orang guna campur dalam bedak sejuk dan disapukan pada badan.

Menurut petua juga,
1. Tidak boleh terkena air hujan. (akan meninggalkan parut hitam)
2. Tidak boleh mandi laut (selama 6 bulan) dari hari baik demam
Pantang larang lain adalah, jangan makan kicap, nanti lekat parut hitam. Jangan makan makanan yang boleh bagi gatal2 macam seafood dan lain-lain. Jangan goreng2 dalam rumah.sebab minyak2 dan udara yang berminyak tu boleh buat badan gatal2 dan jangan makan makanan berminyak.
Untuk hilangkan parut pulak gunakan bedak sejuk dan daun asam jawa. Sapu seluruh badan waktu malam dan buat saja sampai parut tu hilang.
So, untuk petua ini boleh dipraktikkan pada kanak-kanak dan orang dewasa. Tapi kita hanya berikhtiar dan tuhan yang menentukan. Same-same kita usahakan.