Iklan faizal

Rabu, 10 Disember 2014

RESEPI CAPATI

CAPATI

 

 

 

Kebiasaannya capati adalah sinonim dengan makanan lain seperti roti canai. Namun begitu, roti canai dilihat lebih diminati ramai berbanding capati. Dari segi kesihatan pemakanan, capati adalah lebih baik berbanding dengan roti canai memandangkan kolestrol di dalam roti canai adalah lebih tinggi. Ini adalah disebabkan penggunaan minyak masakan yang digunakan berlebihan di dalam roti canai.

Kali ini saya akan berkongsi pembikinan dan cara-cara membuat capati sendiri dan untuk pengetahuan, cara membuat capati adalah lebih mudah dari membuat roti canai. Capati tidak perlu ditebar seperti roti canai. Hanya perlu digelek-gelek je.Hehe...

 

BAHAN-BAHANNYA   :-

 

 

1.     225g Tepung Atta

 


Tepung Atta ada banyak brand. Pakai la jenis ape pon asalkan tepung Atta

 

2.     150ml air suam


Air suam

 

3.     1 sudu besar minyak sapi

 


Minyak sapi pon banyak brand. Janji guna minyak sapi

 

 

4.     Secubit garam

 


garam



5.     Sedikit tepung atta untuk mencanai





 

CARA MEMBUATNYA   ;-

 

 


1.    Masukkan tepung atta, minyak sapi & garam ke dalam mangkuk.


 

2.    Tuangkan sedikit air suam sedikit demi sedikit dan uli tepung 

       hingga menjadi doh.

 

setelah siap doh jadikan bulat2

 

3.     Letakkan doh di dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembap selama 30
 
        minit. Kira macam peraplah.
 
 
4.     Setelah selesai, leperkan doh tadi dengan kayu penggelek. Diulangi dengan
 
        menabur tepung atta di kedua-dua permukaan. Sehingga jadi kepingan
 
        nipis.     


lenyek dengan kayu sehingga leper
 
 
5.     Panaskan kuali tanpa menggunakan minyak (seeloknya guna kuali leper
 
        atau rata ). Gunakan api sederhana.
 
 
6.     Setelah beberapa minit atas kuali, doh akan bertukar warna dan kembung
 
        di beberapa bahagian.
 
  
7.     Biarkan masak kedua bahagian ( jangan garing sangat nnti doh menjadi
 
        keras dan liat ).
 
 
8.     Angkat dan letakkan di atas pinggan. Tutup chapati dengan kain bersih
 
       atau masukkan dalam bekas tertutup. Ini kerana wap panas dalam bekas
 
       tertutup oleh membuatkan chapati lebih lembut.
 

 
 


    Sesuai dihidangkan dengan pelbagai kuah kari ataupon sardin.....SELAMAT MENCUBA