Iklan faizal

Khamis, 29 Mei 2014

KERETA KABEL - LANGKAWI, KEDAH


Di sini. Saya nak ceritakan sedikit perjalanan dan pengalaman percutian ke Pulau Langkawi, Kedah. Sebenarnya fokus kami kali ini adalah semata-mata untuk merasai pengalaman untuk menaiki Cabel Car atau Kereta Kabel ke Gunung Mat Chincang, Langkawi. So untuk pengangkutan ke Langkawi hanya mempunyai satu jalan selain jalan udara iaitu pengangkutan feri. Untuk makluman tiket hanya boleh dibeli pada hari kita menaiki feri. Tidak boleh dibeli sebelum hari menaiki feri atau booking awal. So Kami menaiki feri dari jeti Kuala Perlis. Harga tiket satu hala iaitu RM 18.00 bagi dewasa dan separuh harga bagi kanak-kanak.


Akibat daripada hari cuti lepas iaitu pada hari cuti Umum BURUH, memang sesak dengan penumpang. Sesak dengan kenderaan keluar masuk. So, untuk membeli tiket terpaksa beratur panjang pada jam 8.00 pagi. Setelah tiket dibeli dan masa bertolak dari jeti ke Langkawi plak adalah jam 12.00 tghari. Adohai...Dah tu delay plak feri tu. Jangkamasa perjalanan adalah lebih kurang 1 jam. Tetapi memandangkan masa yang lama diambil untuk loading penumpang dan barang sahaja dan melebihi setengah jam daripada jadual bertolak. Feri plak boleh memuatkan seramai 500 orang lebih. Memang lama masa akan diambil. So, nak cuti punya pasal.Haha....

Setelah kami tiba di Jetty Point, Kuah, kami terus mendapatkan perkhidmatan kereta sewa. Sebenarnya kereta sewa kami tidak la kereta yang sangat baik. Cuma sebuah proton saga sahaja. Kos sewa plak RM50 sehari. Ok la tu. Muat untuk bawak kami ke hulu dan ke hilir sekitar pulau Langkawi.


Setelah kereta sampai. Terus kami semua check in di hotel dalam kawasan Kuah. Tu pun last minit booking. Nasib baik ada lagi hotel yang kosong. Lepas selesai check in hotel dan siapkan diri, kami memulakan dengan tempat pertama untuk dilawati. Memandangkan hari dah lewat petang. So kitaorang mengambil peluang untuk makan santai-santai sahaja. Apa lagi, kitaorang pekena bihun sup, ais kacang, pasembor dan laksa. Fuhhh..best giler. Lokasinya adalah di Pantai Pasir Hitam. Kawasan ni terletak dalam perjalanan ke Tanjung Rhu.


At last.  Pada keesokan harinya. Tujuan untuk menaiki Kereta Kabel ke Gunung Mat Chincang tercapai. Kereta Kabel ni terletak di jalan laluan ke Telaga Tujuh. Kami tiba di Kereta Kabel jam 9.30 pagi. Itupun dah ramai yang beratur untuk naik ke atas.
Tiket untuk menaiki Kereta Kabel adalah RM 15.00 seorang.




Kereta Kabel ini terdapat 2 pos di sepanjang laluan kabel. Di setiap pos terdapat peniaga-peniaga makanan, cenderamata dan lain-lain. Selain itu, kita boleh bersantai di setiap pos seberapa lama mana yang kita suka. Ini adalah disebabkan Kereta Kabel akan berjalan tanpa henti. Sekiranya ada kosong, terus naik sahaja untuk ke pos seterusnya. Sama seperti untuk turun ke bawah.





Pada sebelah petangnya, kami mengambil kesempatan untuk lepak dan mandi di Tanjung Rhu. Tapi rupanya kawasan tu ditutup untuk orang ramai selepas jam 5.00 petang. Ini adalah disebabkan kawasan tersebut telah dikawal oleh Tanjung Rhu Resort. Ada pengawal Keselamatan yang berjaga di sana. Tak seperti dulu di mana kita bebas keluar masuk ke situ walaupun pada waktu malam. Jadi kami mengambil peluang untuk santai dan makan-makan je.





So, pada keesokan harinya pada sebelah pagi. Kami mengambil tiket dan besedia untuk pulang ke tanah besar. Memang best pada sesiapa yang belum lagi menaiki Kereta Kabel ni. So kalau ada masa melawat Pulau Langkawi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba dan menaikinya. Memang takut menaiki kereta kabel disebabkan kududukannya yang tinggi tetapi ia dilengkapi dengan sistem keselamatan terbaik yang menkamin keselamatan pengguna.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan