MELANCONG KE MEDAN INDONESIA
Kami menaiki penerbangan Air Asia lebih kurang jam 6.00 pagi dan tiba di Polonia Airport Medan 1 jam kemudian serta di sambut oleh supir yang akan menjadi pemandu pelancong sepanjang 4 hari 3 malam kami di sana. Kenderaan yang digunakan sepanjang kami berada di sana adalah sebuah van yang bersaiz besar. Supir kenderaan tersebut digelar Pak Habib iaitu warga Indon sendiri.
Setelah itu, kami menyambung semula perjalanan dan berhenti menjamu selera di sebuah restoran dikenali sebagai Restoran Simpang Tiga. Best kedai ni. Ada lauk pauk masakan Indonesia.
Rumah panjang Orang Batak / Rumah Bolon
Air Terjun Sipiso Piso, Brastagi.
Grand Mutiara Hotel, Brastagi.
Pada hari ke-3, selepas bersarapan di hotel, kitorang ke Pasar Buah dan meneruskan perjalanan ke Medan yang mengambil masa 2 jam. Selepas makan tengahari di Medan, kitorang di bawa ke Medan Mall untuk membeli-belah. Pada malam terakhir kami di Medan, kami menginap di The Tiara Hotel, Medan.
Pasar Buah, Brastagi.
Pada hari terakhir kitorang di Medan, kitorang dibawa melawati Istana Maimoon / Sultan Palace dan Mesjid Raya / Grand Mosque.
Bandar Medan.
Kali ini saya ingin coretkan sedikit pengalaman saya serta keluarga saya ke
Indonesia buat pertama kalinya bagi saya dan beberapa lagi ahli keluarga yang belum pernah ke sana. Kali ini perlancongan saya, saya menggunakan khidmat
Pakej. Haha. Agen Perlancongan di Indonesia yang saya gunakan adalah www.narasindotours.com.
So pakej yang saya dapat ini diuruskan oleh biras dan kakak
ipar saya sepenuhnya tanpa melibatkan lain2 hal daripada saya kecuali
"duit". Herm....Penglibat keluarga saya dalam pakej ini melibatkan
saya,isteri, mak, ayah, mak mertua, bapa mertua, kakak ipar, biras dan
seorang budak kecil iaitu Irfan Haziq, anak kepada kakak ipar yang satu
lagi.
Gambar di atas adalah master mind dalam tercetusnya idea dan perangsang demi menjayakan misi perlancongan tersebut.
Okey. Sebenarnya untuk melaksanakan cadangan bagi melancong ke Indonesia, banyak persediaan yang perlu dibuat iaitu dari segi pertukaran mata wang, tiket penerbangan, penempahan agen di Indonesia dan kelengkapan sebagainya. Bagi tiket penerbangan, kami menggunakan perkhidmatan Air Asia. Manakala bagi penginapan, makan dan kenderaan di Indonesia, kami menggunakan khidmat agen pelancongan di sana.
Kami menaiki penerbangan Air Asia lebih kurang jam 6.00 pagi dan tiba di Polonia Airport Medan 1 jam kemudian serta di sambut oleh supir yang akan menjadi pemandu pelancong sepanjang 4 hari 3 malam kami di sana. Kenderaan yang digunakan sepanjang kami berada di sana adalah sebuah van yang bersaiz besar. Supir kenderaan tersebut digelar Pak Habib iaitu warga Indon sendiri.
Inilah kenderaan yang membawa kami ke hulu ke hilir sepanjang berada di sana.
Yang berbaju putih itulah Pak Habib.
Destinasi pertama yang kami lawati adalah Pulau Samosir di Lake Toba. So, perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 4 jam. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Pematang Siantar iaitu sebuah kedai menjual pelbagai jenis keropok, ting-ting, teng-teng, snacks dan banyak lagi makanan ringan yang lain.
Setelah itu, kami menyambung semula perjalanan dan berhenti menjamu selera di sebuah restoran dikenali sebagai Restoran Simpang Tiga. Best kedai ni. Ada lauk pauk masakan Indonesia.
Setelah selesai makan dengan sepuas-puasnya tanpa meninggalkan sedikit pun lebihan lauk pauk yang kami makan. Kami meneruskan perjalanan. 4 jam kami melalui jalan lama. Bukan Highway tau. Pak Habib iaitu supir kami peramah orangnya. Dia tak henti bercakap dan sentiasa menceritakan info dan maklumat semasa berkenaan jalan, penempatan penduduk sekitar dan sejarah di situ.
Dah sampai Parapat (Lake Toba) . Sini kitaorang menaiki feri pulak untuk ke Samosir Island. Lebih kurang 1 jam menaiki feri. Feri ni pulak boleh memuatkan penumpang serta kenderaan Macam feri Penang gitu. Sekali dengan van kami sekali naik atas feri tu.
Kami sekeluarga menginap di Samosir Villas Hotel. Kami tiba pun dah petang.
Sesudah check-in kitorg just lepak2 di sekitar hotel sementara menunggu makan malam.
Pada keesokan harinya, selepas bersarapan di hotel, dalam perjalanan, kitaorang sempat singgah di Kampung Tomok untuk melawati Makam Raja Sidabutar dan ke Kampung Ambarita untuk melihat rumah traditional orang Batak. Di sana juga terdapat jualan cenderahati untuk di bawa pulang.
Perjalanan dari Samosir island ke Brastagi mengambil masa lebih kurang 3 jam memandu + 1 jam ferri dan kitorang menikmati makan tengahari kami di Parapat. Dalam perjalanan ke Brastagi, kami sempat singgah di Simarjarunjung iaitu tempat paling tinggi di Lake Toba. Selepas itu, kitorang ke Rumah panjang Orang Batak / Rumah Bolon dan akhir sekali kitorang ke Air Terjun Sipiso piso. Selepas puas berjalan-jalan, akhirnya kitorang sampai jugak kt hotel dan rehat sambil menunggu makan malam dihidangkan.
Rumah panjang Orang Batak / Rumah Bolon
Grand Mutiara Hotel, Brastagi.
Pada hari ke-3, selepas bersarapan di hotel, kitorang ke Pasar Buah dan meneruskan perjalanan ke Medan yang mengambil masa 2 jam. Selepas makan tengahari di Medan, kitorang di bawa ke Medan Mall untuk membeli-belah. Pada malam terakhir kami di Medan, kami menginap di The Tiara Hotel, Medan.
Pasar Buah, Brastagi.
Pada sebelah malamnya, kitorang menikmati makan malam di tengah-tengah bandar Medan. Iaitu di Restoran Ayam Pop.
Pada hari terakhir kitorang di Medan, kitorang dibawa melawati Istana Maimoon / Sultan Palace dan Mesjid Raya / Grand Mosque.
Mesjid Raya / Grand Mosque.
Pada sebelah malamnya pulak maka selesailah sudah trip kami. Tiba masanya untuk pulang ke Malaysia. Bagi saya best jugak la melancong ke Indonesia. banyak sebenarnya tempat-tempat menarik di sana. Ya la, mane taknye. Indonesia adalah sebuah negara yang besar. So banyak la tempat untuk dilawati.